BeritaProgram

Mangsa banjir Kampung Orang Asli Jeram Kedah terima sumbangan tilam

CHENNAH: Mangsa banjir di Kampung Orang Asli Jeram Kedah di sini menerima sumbangan 100 set tilam daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, YB Loke Siew Fook.

Loke berkata, 100 set tilam ini disumbangkan oleh ADUN Mengkibol (Johor), YB Chew Chong Sin.

“Saya juga turun padang di kampung ini untuk mendapat pengesahan Ketua Kampung dan Tok Batin mengenai satu tohmahan yang mendakwa masyarakat Orang Asli di sini terputus bekalan makanan selama beberapa hari.

“Mereka mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu dan apa yang mereka kata telah diputar belit oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Hakikatnya, pejabat saya telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah Seremban untuk menyediakan makanan yang masak kepada 400 mangsa banjir di Kampung Orang Asli Jeram Kedah sejak hari pertama banjir berlaku,” jelas Loke.

 

Loke berkata demikian selepas mengagihkan 100 set tilam kepada mangsa banjir di Kampung Orang Asli Jeram Kedah pada Ahad.

“Saya menyeru kepada semua pihak termasuk dari pihak parti lawan untuk tidak mengambil kesempatan politik dalam masa negara menghadapi bencana.

“Semua pihak perlu mengembleng tenaga dalam usaha pemulihan pasca banjir.

“Tidak ada satu pihak atau satu parti yang mampu membuat segala-galanya.

“Semua parti termasuk NGO perlu berusaha secara bersama-sama,” ulas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button