Aktiviti

Mangsa banjir Kampung Telok Kemang terima bantuan

BAGAN PINANG: Penduduk Kampung Telok Kemang yang terlibat dengan kejadian banjir pada 20 Jun lepas, menerima bantuan barang makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Port Dickson.

Ustaz Noor Aiza, Pegawai Kerja Khas mewakili Penyelaras DUN Bagan Pinang, Nasir Rahman menyampaikan barang makanan tersebut kepada mangsa banjir.

Turut hadir sama Pengerusi MPKK Kampung Telok Kemang, Tuan Zulkeifli Zakaria; Puan Zulida dari JKM Port Dickson dan AJK MPKK Kampung Telok Kemang.

Zulkeifli menerangkan kepada penduduk kampung, berkenaan punca dan tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir ini.

Noor Aiza merakamkan penghargaan kepada JKM Port Dickson di atas tindakan pantas dalam menghadapi permasalahan penduduk kampung akibat banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button