Berita

Mangsa banjir Linggi terima sumbangan bantal dan tilam dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyampaikan sumbangan bantal, tilam dan makanan kepada mangsa banjir di Taman Linggi Maju.

“Kita berusaha mempermudahkan urusan mangsa banjir dengan mengambil inisiatif mengumpulkan barangan bantuan daripada jabatan kerajaan, NGO dan orang ramai untuk disumbangkan kepada mangsa banjir .

“Saya bangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepada Pejabat Penyelaras DUN Linggi, untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan memberikan manfaat kepada semua yang menerimanya,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button