Berita

Mangsa banjir Rahang dapat sumbangan DAP Negeri Sembilan

RAHANG: Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban bersama Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren serta pimpinan DAP Negeri Sembilan telah melawat mangsa banjir di Taman Happy Garden.

“Mangsa banjir masih sibuk membersihkan kediaman mereka yang terjejas teruk dengan banjir kilat yang berlaku pada awal pagi 4 November.

“Saya telah menyampaikan barangan keperluan asas termasuk satu unit periuk nasi, tilam, bantal, makanan dan minuman kepada semua mangsa banjir.

“Kami tahu bahawa mangsa menghadapi masalah memasak. Oleh itu, kami memberi sebuah periuk nasi seorang.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir,” kata Loke.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Senator Dato’ AK Dass, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon; ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong dan ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button