Berita

Mangsa kebakaran dapat bantuan segera dari Arul Kumar

NILAI: ADUN Nilai, J.Arul Kumar telah melawat rumah Encik Muhammad Rusyadi di Flat Kos Rendah Nilai Perdana, Nilai yang terbakar dan hampir semua barangan serta pakaian musnah.

“Buat masa ini beliau dan isterinya tinggal sementara di Balai Raya Nilai Perdana.

“Saya telah menyerahkan bantuan kewangan untuk membeli pakaian dan beberapa barangan asas.

“Saya juga menghulurkan bantuan kewangan kepada tabung bantuan yang dimulakan oleh Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana dan MPKK Kampung Nilai untuk menampung bantuan susulan,” kata Arul Kumar.

Sementara itu, Arul Kumar turut menyantuni seorang pesakit strok, Encik Adam Abd Nafi di Taman Mulia, Pajam.

“Saya telah menyerahkan sebuah katil mudah laras (adjustable bed) kepada beliau.

“Diharap katil ini boleh memberikan keselesaan kepada beliau dan memudahkan ahli keluarga beliau dalam urusan penjagaan harian beliau,” ujar Arul Kumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button