Menarik
Mangsa kebakaran dapat rumah baharu
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyerahkan kunci rumah PPRT kepada mangsa kebakaran, Encik Sivasangkar Perumal, 37, di kediaman PPRT Air Kuning Selatan.
“Encik Sivasangkar kehilangan rumahnya akibat kebakaran pada Mei 2022 dan merupakan penerima bantuan (PBR) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) daerah Tampin.
“Semoga rumah ini memberi keselesaan kepada Encik Sivasangkar dan keluarganya,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Penghulu Mukim Gemas,Encik Ahmad Fareez; Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning Selatan, Encik Chin Kwee Hin; Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail Samsudin dan Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abdull Aziz.