Berita

Mangsa kebakaran gerai terima sumbangan kewangan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Norhaslina Sulaiman, 45, seorang peniaga gerai minuman di Felda Lui Muda.

“Gerai Puan Norhaslina telah terbakar disebabkan kejadian letupan gas pada 12 Oktober lalu.

“Kejadian berlaku di waktu pagi ketika Puan Norhaslina hendak memasak air untuk menyediakan minuman kepada pelanggan beliau.

“Tidak ada kecederaan yang serius menimpa beliau, namun beberapa peralatan di gerai beliau telah hangus terbakar.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu Puan Norhaslina bagi membeli peralatan baru untuk gerai beliau,” kata Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button