Berita

Mangsa kebakaran Palong dapat perhatian Rebin

PALONG: Pada 3 September 2020, sekitar jam 8.00 malam, satu kejadian kebakaran telah berlaku di sebuah kedai makanan milik Puan Zaleha di Dataran Palong 4,5,6.

Menurut Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham; kejadian kebakaran tersebut disedari oleh pelanggan kedai makan berdekatan dan mereka bertindak menghubungi anggota bomba sukarelawan setempat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gemas.

“Pasukan Bomba dengan kerjasama penduduk setempat berjaya mengawal kebakaran dan memadamkan api sekitar jam 9.00 malam.

“Kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk di bahagian belakang premis tersebut.

“Kejadian kebakaran tersebut kemungkinan berpunca daripada litar pintas.

“Saya telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Zaleha untuk meringankan beban dan kos baik pulih premis tersebut,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button