Berita

Mangsa kebakaran Pasir Besar dibantu Aishah

GEMAS: Mangsa sebuah kejadian kebakaran di Pasir Besar, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Othman@Seman.

Sejurus mendapat maklumat, Siti Aishah telah menziarahi mangsa Puan Saemah Shaari, 63, di lokasi kejadian yang merupakan sebuah kedai makan.

‘Saya akan menanggung kos pendawaian (elektrik) semula di kedai ini, yang musnah akibat kejadian kebakaran.

“Saya turut menyumbang bantuan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban Puan Saemah,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah berkata, dalam kejadian pada hari Jumaat, kedai yang disewa oleh Puan Saemah Shaari telah terbakar kerana kecuaian sendiri.

“Puan Saemah menceritakan detik kejadian, di mana pada mulanya dia sedang menggoreng sayur di kuali.

“Puan Saemah meninggalkan kuali yang berada di atas dapur untuk melayan pelanggan di kedainya.

“Tidak lama itu seorang pelanggan menjerit apabila melihat api di bahagian dapur,” jelas Siti Aishah.

Menurut Siti Aishah lagi, seramai sembilan orang anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Penolong Pegawai Bomba Gemas, Encik Farid dan anggaran kemusnahan masih dalam siasatan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button