Berita

Aminuddin santuni penduduk kurang kemampuan Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni penduduk kurang kemampuan di sekitar Parlimen Port Dickson.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, aktiviti itu dilakukan bagi melihat kekurangan yang dialami oleh penduduk di sini.

“Saya turut memberikan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban.

“Selain itu, sumbangan bakul makanan turut diberikan.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian mereka serta mendoakan kesejahteraan buat mereka semua,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button