Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

SIKAMAT: Dua ibu yang merupakan mangsa kejadian kebakaran di Taman Jujur, menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya menziarahi Puan Rajathi Saminathan (50) yang rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian pada malam Ahad.

“Sebahagian besar rumah Puan Habibah Jantan (77) pula musnah termasuk bilik tidur, ruang tamu dan dapur.

“Dokumen-dokumen penting milik keluarga Puan Rajathi dan Puan Habibah turut musnah dalam kejadian ini.

“Saya berharap Puan Rajathi dan Puan Habibah agar bersabar dengan ujian ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban serta Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat akan membantu Puan Rajathi dan Puan Habibah dalam beberapa aspek termasuk proses membaik pulih rumah masing-masing.

Punca kejadian sedang disiasat oleh pihak bomba.

 

Foto:Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button