Aktiviti

Mangsa kebakaran terima sumbangan Ravi

Jaswant merupakan seorang pesakit kanser, manakala suaminya pesakit jantung

PORT DICKSON: Seorang mangsa kebakaran, Puan Jaswant Kaur Pachan Singh menerima sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, Dato’ M.Ravi.

“Rumah beliau telah terbakar pada 03 Julai tahun lepas. Namun, beliau hanya datang ke pejabat saya untuk memohon sumbangan kewangan baru-baru ini.

“Kini, beliau tinggal di rumah sewa dan menghadapi kesukaran untuk membayar bayaran sewa rumah tersebut.

“Suami beliau yang bernama Encik Santok Singh Surjan Singh merupakan seorang pesakit Jantung.

“Suaminya kini sedang menjalani rawatan di Hospital Serdang,” jelas Ravi.

Ravi yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri berkata, Jaswant Kaur sendiri seorang pesakit yang menghidapi penyakit kanser.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan Jaswant dan suaminya,” ujar Ravi lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close