Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan RM10,000 dari Rusli

LINGGI: Tujuh sekeluarga mangsa kebakaran di Kampung Teluk Pelandok di sini menerima bantuan wang tunai RM10,000 dan barangan keperluan dapur dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, kejadian kebakaran pada 30 Jun lalu mengorbankan salah seorang ahli keluarga dan memusnahkan sebahagian besar rumah ini.

“Mangsa Encik Junaidi Abdul Ghani kini tinggal bersama isteri, dua orang anak dan tiga orang cucu. Seorang lagi cucu beliau telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran terebut.

“Saya kagum dengan keluarga ini yang mampu bersabar dengan kehilangan orang yang tersayang dan keadaan rumah yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

“Atas dasar keprihatinan, saya menyumbang RM10,000 bagi kos membaik pulih rumah tersebut.

“Saya berharap rumah ini akan dapat diperbaiki segera dan Encik Junaidi sekeluarga dapat kembali menjalani hidup seperti sediakala,” kata Rusli.

Menurut Rusli, keluarga ini sekarang menjalankan perniagaan menjual rempeyek secara kecil-kecilan.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Teluk Pelandok, Encik Ibrahim.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button