Berita

Mangsa kebakaran Titi terima sumbangan kewangan dari Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir menziarahi dan menyumbang bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran di Taman Titi, Jelebu.

Bakri berkata, kejadian pada 1 pagi semalam melibatkan tiga buah rumah yang dihuni oleh warga emas yang uzur.

“Mangsa adalah Encik Yaacob Mat Akit, Encik Siow Yit Thai dan Encik Hiew Sin Fook.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

“Terima kasih dan syabas buat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang kerana tangkas dan cepat memadamkan kebakaran dari merebak ke rumah jiran yang lain,” katanya.

Bakri menyampaikan sumbangan awal berjumlah RM3,000 kepada Yaacob untuk membeli keperluan peribadi.

“Saya juga menyampaikan sejumlah sumbangan kewangan kepada Encik Siow dan Encik Hiew bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya juga difahamkan jiran turut terlibat membantu mangsa semasa kejadian kebakaran.

“Inilah yang harus dicontohi apabila saling bantu membantu,” ujar Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button