Berita

Mangsa kejadian hujan ribut dapat perhatian segera Nicole

BUKIT KEPAYANG: ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah turun padang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembaikan rumah yang rosak teruk akibat kejadian hujan ribut di Kampung Dato’ Haji Mohd Said dan Batu 2 Jalan Labu.

Nicole berkata, sebanyak 10 buah rumah yang terjejas dan pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Seremban sedang berusaha sebaik mungkin dan memastikan semua rumah ditutup dengan bumbung asas pada hari ini supaya jika hujan, sekurang-kurangnya air tidak melimpah masuk.

“Saya akan memastikan kerja baikpulih disiapkan secepat mungkin,” katanya.

Turut hadir mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ialah Penghulu Mukim Bukit Kepayang, Encik Faihas.

Show More

Related Articles

Back to top button