Berita

Mangsa kemalangan dapat perhatian Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menziarahi seorang mangsa kemalangan Saudara Roslan Abu di Kampung Kuala Pah hari ini.

“Saudara Roslan terlibat dengan kejadian kemalangan melanggar seekor babi hutan ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja di Jalan Kampung Jelin dekat sini pada hari Ahad lepas.

“Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan mengalami kecederaan tulang dan kini sedang berehat di rumah.

“Saya telah menzirahi beliau pada hari ini dan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian dan meminjamkan sebuah kerusi roda untuk kemudahan beliau bergerak ke bilik air,” ujar Bakri.

Bakri juga sempat menyantuni sembilan keluarga di Kampung Pianggu, Taman Wangsa Indah dan Kampung Kuala Pah yang sedang menjalani proses kuarantin akibat Covid-19.

Bakri turut menyerahkan bantuan makanan kepada keluarga terbabit.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button