Aktiviti

Mangsa kemalangan dapat perhatian Shahran

SERI MENANTI: Seorang mangsa kemalangan dan juga warga emas, Chaw Ah Heng, 68, yang kini terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, mendapat bantuan Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran menyumbang bantuan wang tunai dan lampin pakai buang kepada Chaw Ah Heng.

“Chaw yang masih bujang, tinggal bersama keluarga abangnya di Kampung Talang Tengah.

“Beliau terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini dan tulang punggungnya telah patah dan perlu dibedah.

“Kos pembedahan terlalu tinggi. Beliau tidak lagi bekerja disebabkan masalah penyakit kronik yang lain dan selepas pembedahan pada tulang punggung, doktor terpaksa membuat tapak untuk dialisis bagi penyakit buah pinggangnya pula.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan bebannya,” ujar Shahran.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi di kalangan belia Orang Asal, Shahran menghulurkan sumbangan kewangan kepada anak muda di Kampung Orang Asli Mampas Hulu dan Langkap.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat anak-anak muda di kampung ini dapat menjalankan aktiviti belia mereka,” katanya.

Shahran turut mengedar pelitup muka dan akhbar Nogori Kito.

Show More

Related Articles

Back to top button