Aktiviti

Mangsa kemalangan diziarahi Penyelaras DUN Palong

Rebin akan bawa isu keselamatan jalanraya di Palong ke pihak atasan

PALONG: Mangsa kemalangan jalanraya dari Felda Palong 15, Encik Zainol Ajahar Yahaya disantuni Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

Baru-baru ini Zainol Ajahar terlibat dengan kemalangan jalanraya di jalan utama di antara Palong 13 ke Palong 14,15 dan 16.

“Hari ini saya hadir untuk berikan sedikit sumbangan, sambil bertanya khabar beliau.

“Saya juga dimaklumkan bahawa jalan tersebut merupakan ‘hot spot’ dan sering berlaku kemalangan yang kebanyakkannya berpunca daripada pemanduan yang laju.

“Justeru itu, saya akan mengadakan mesyuarat khas bersama Jabatan Kerja Raya, pengurus rancangan Felda dan wakil penduduk Palong 14, 15 dan 16 dalam masa terdekat, bagi membincangkan isu keselamatan jalanraya ini.

“Harapan saya agar kemalangan jalanraya di laluan ini dapat dikurang dan dielakkan,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button