Aktiviti

Mangsa kemalangan jalan raya dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menziarahi Encik Mohd Rozaimi Rahmat, 34, yang terlantar di rumah akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Encik Rozaimi terlibat dengan satu kejadian kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang rusuknya patah dan mengalami pendarahan di kepala.

“Sebagai tanda prihatin, saya menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga beliau.
“Saya akan membantu Encik Rozaimi bagi mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button