Berita
Mangsa kemalangan terima sumbangan barangan asas daripada Musliadi


JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberikan sumbangan barangan asas kepada Puan Roslim Rahman.
Musliadi berkata, Puan Roslim terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika membawa motor dan menyebabkan tangan kanan beliau patah.
“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan kepada Puan Tukiam yang baru sahaja selesai pembedahan mata.
“Saya mendoakan agar mereka berdua sihat seperti sedia kala,” kata Musliadi.