Berita

Mangsa ribut Bagan Pinang dapat perhatian Nasir

BAGAN PINANG: Kejadian ribut di Kampung Bagan Pinang telah mengakibatkan sebahagian bumbung rumah seorang penduduk kampung diterbangkan angin.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman berkata, beliau telah melantik seorang kontraktor untuk menggantikan bumbung rumah Encik Nor Ahmad Yusri Abdul Latif.

“Kejadian yang berlaku lewat malam kelmarin telah menyebabkan bumbung rumah beliau diterbangkan angin ribut dan mengakibatkan banjir di dalam rumah.

“Justeru, pagi semalam saya telah menggerakkan kerja-kerja menggantikan bumbung rumah beliau,” ujar Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button