Berita

Mangsa ribut dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Kejadian ribut pagi kelmarin yang menerbangkan bumbung rumah Encik Mansur Mahat di Kampung Felda Bukit Rokan mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Sebaik sahaja menerima aduan, dalam keadaan masih hujan saya telah meziarahi rumah mangsa dan memberi sumbangan kewangan bagi menampung kos baik pulih bumbung yang rosak,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Felda Bukit Rokan, Encik Manabub dan Setiausaha MPKK Kampung Felda Bukit Rokan, Puan Anusia.

Show More

Related Articles

Back to top button