BeritaMenarik

5,000 peserta sertai perarakan Maulidur Rasul

SEREMBAN: Seramai 5,000 orang peserta daripada 77 kontinjen telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan, bertempat di Padang Majlis Bandaraya Seremban.

Menter Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kesemua kontinjen tersebut disertai oleh badan kerajaan, syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta serta sekolah.

“Program ini dianjurkan bagi menzahirkan rasa cinta serta memperingati terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

“Kerana Baginda telah membawa bimbingan dan tunjuk ajar Allah serta didikan dan pimpinan Allah kepada seluruh manusia.

“Kita juga boleh mencontohi ajaran Rasulullah dalam membangunkan Madinah Al-Munawwarah yang berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan agama menerusi Piagam Madinah.

“Hal ini menunjukkan kepentingan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran dalam membentuk sebuah negara,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button