Berita

Mangsa ribut Felda Bukit Rokan dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Kejadian ribut petang semalam di Kampung Felda Bukit Rokan di sini, menyebabkan sebahagian dinding papan bahagian hadapan rumah Encik Md Lazit Rasip, 80, runtuh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi melawat rumah mangsa untuk melihat sendiri kerosakan tersebut.

“Saya telah melantik seorang kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menggantikan dinding rumah Encik Lazit dengan kadar segera.

“Kos membaik pulih dinding rumah ini adalah di bawah peruntukan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh,” ujar Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub; Setiausaha MPKK Felda Bukit Rokan, Puan Anusia dan Bendahari MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Bala.

Show More

Related Articles

Back to top button