Berita

Mangsa ribut Felda Sungai Kelamah dapat bantuan kewangan

GEMENCHEH: Dua mangsa ribut dari Felda Sungai Kelamah dekat sini, mendapat bantuan kewangan dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Kejadian ribut petang semalam menerbangkan sebahagian bumbung rumah Encik Alias Pilus, 52, di Felda Sungai Kelamah.

“Manakala di Kampung Tenai, bumbung kedai makan Puan Masila Ajan, 54, juga rosak diterbangkan angin ribut.

“Saya telah menziarahi kedua-dua mangsa ribut dan menghulurkan sumbangan kewangan bagi menampung kos menggantikan semula bumbung yang rosak,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah dan Pengerusi MPKK Kampung Tenai, Encik Arizam.

 

Show More

Related Articles

Back to top button