Berita

Mangsa ribut Kampung Gemas Indah dapat perhatian Siti Aishah

GEMAS: Kejadian ribut yang menerbangkan bumbung rumah Encik Osman Omar di Kampung Gemas Indah telah mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman untuk dibaik pulih dengan segera.

“Bumbung rumah Encik Osman yang rosak akibat ribut telah siap dibaiki.

“Pejabat Penyelaras DUN Gemas sentiasa peka dengan permasalahan masyarakat setempat dengan tindakan segera,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah turut berkesempatan meninjau kerja menurap tempat letak kereta dan motor di Surau An-Nur, Kampung Felda Jelai 3.

Wakil penduduk, Encik Norazman mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras DUN Gemas yang telah menyegerakan kerja-kerja menurap tempat letak kereta Surau An-Nur, Kampung Felda Jelai 3.

Show More

Related Articles

Back to top button