Berita

Mangsa ribut Kampung Mantai dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Kejadian ribut petang Jumaat di Kampung Mantai di sini, menerbangkan sebahagian besar bumbung rumah Saudara Rosli Yusof.

Justeru, Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latiff A.Tambi bergegas ke rumah mangsa untuk melihat sendiri kerosakan tersebut.

“Saya telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan untuk menampung kos membaik pulih bumbung rumah yang rosak.

“Manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin menyerahkan bantuan makanan dan keperluan tempat tidur.

“Kita sentiasa peka dengan permasalahan rakyat dan cuba bantu rakyat yang memerlukan secepat yang mungkin,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Mantai, Puan Aliah; Setiausaha MPKK Kampung Mantai, Encik Faiz dan Ketua Cawangan AMANAH Kampung Mantai, Saudara Kamarulzaman.

Show More

Related Articles

Back to top button