Berita

Mangsa serangan beruk dapat perhatian Nasarudin

Sebanyak 10 ekor beruk berjaya ditangkap setakat ini

CHEMBONG: Pegawai Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim bersama Pengerusi MPKK Kampung Tanjung Sena, Encik Azizan menziarahi mangsa serangan beruk, Puan Zaiton Md Judin, 65 di Kampung Chuai Hilir.

Dalam lawatan ini, Puan Zaiton menceritakan serba sedikit tentang kejadian yang menimpa beliau pada 17 Februari lepas.

“Dalam serangan itu, Puan Zaiton patah tulang kecil di tangan kanan, luka di tangan kiri dan luka di peha akibat digigit beruk liar.

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (PERHILITAN) mengambil tindakan segera dengan memasang perangkap pada 18 Februari.

“Perangkap dipasang tidak jauh dari tempat kejadian.Usaha itu membuahkan hasil apabila sebanyak 10 ekor beruk berjaya ditangkap setakat ini,” kata Nasarudin.

Menurut Nasarudin, Pejabat Penyelaras DUN Chembong sebenarnya telah membina dan memasang 15 unit perangkap beruksejak 10hb Sept 2020.

“Kita memasang perangkap beruk sebelum ini untuk menyelesaikan aduan penduduk kampung, kerana tanaman pokok buah-buahan mereka sentiasa diserang oleh beruk dan kera.

“Namun, begitu kejadian serangan beruk ke atas seorang penduduk kampung agak luar biasa dan ini kali pertama berlaku,” jelas Nasarudin.

Nasarudin mengucapkan takziah kepada Puan Zaiton dan sekeluarga di atas apa yang berlaku dan menyerahkan sumbangan kewangan kepada Puan Zaiton.

Show More

Related Articles

Back to top button