BeritaMenarik

Pelajar sekolah berasrama penuh dapat RM300

Bayi dan kanak-kanak terima RM100

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan akan memperkenalkan bantuan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh sebanyak RM300, sekiranya mengekalkan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddun Harun berkata, insentif ini merupakan salah satu daripada 77 tawaran manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada PRN-15 ini.

“Ini kali pertama kita memperkenalkan bantuan untuk kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh.

“Buat kali pertama juga, kita memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023-2027,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri juga akan mengekalkan bantuan khas kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda), RM750 (Diploma) dan RM500 (Sijil).

“Selain itu kita juga mengekalkan Anugerah Khas menamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama di IPT Awam sebanyak RM5,000,” jelas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button