Aktiviti

Mary meraikan 400 keluarga Hindu sempena Deepavali

RAHANG: Sempena sambutan perayaan Deepavali, ADUN Rahang, YB Mary Josephine telah mengagihkan set barangan keperluan dapur kepada 400 keluarga Hindu yang kurang berkemampuan di DUN Rahang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengusaha CLC Fishery yang memberikan sumbangan sebanyak 400 ekor ikan kepada para penerima.

“Semoga sumbangan ini semua meringankan beban keluarga ini dan memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini,” kata Mary.

Mary turut merakamkan penghargaan kepada pihak SWM Environment yang turut memberikan sumbangan Deepavali kepada penduduk di Taman Happy Garden.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Cik Winnie Suri.

Show More

Related Articles

Back to top button