Aktiviti

Mary sumbang 200 set makanan kepada ‘frontliners’ HTJ

RAHANG: Sempena sambutan perayaan Krismas, ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh telah melawat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan menyumbang 200 set makanan termasuk biskut kepada ‘frontliners’ yang bertugas pada musim perayaan.

“Saya menyumbang 200 set ‘buah tangan Krismas’ kepada ‘frontliners’ bagi menghargai jasa mereka.

“Saya tidak pernah sesekali melupakan mereka yang mengorbankan masa cuti mereka, yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga; bagi menjaga kepentingan rakyat dan masyarakat, khususnya pada musim pandemik Covid-19.

“Sebagai ADUN Rahang, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’ dan Selamat Menyambut Hari Krismas,” kata Mary.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Cik Winnie Suri.

 

Show More

Related Articles

Back to top button