Berita

Mary sumbang ayam segar kepada 400 keluarga terkesan dengan Covid-19

RAHANG: Sebanyak 400 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19, menerima sumbangan ayam segar dan sayur-sayuran dari ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh.

“Sebanyak 400 set bakul makanan basah telah diagihkan di beberapa kawasan perumahan di DUN Rahang.

“Kali ini saya mengagihkan dada ayam, beberapa jenis sayur-sayuran, buah nenas, roti, telur dan beras.

“Saya cuba mempelbagaikan jenis barangan makanan dan membantu meringankan beban keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Terima kasih diucapkan kepada para penaja yang memberikan sumbangan untuk menjayakan misi bantuan ini,” kata Mary Josephine.

Show More

Related Articles

Back to top button