Aktiviti

Mary sumbang RM30 ribu kepada Surau Kampung Dato Mansor

RAHANG: Banjir kilat yang melanda di Kampung Dato Mansor pada November 2020 lalu, telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda. Selain kerosakan harta benda di rumah penduduk, ianya juga merosakkan infrastruktur bangunan dan beberapa kemudahan di Surau Raudhatul Jannah, Kampung Dato Mansor, Rasah.

“Kejadian banjir ini menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan dan infrastruktur di dalam surau termasuk tandas. Ini menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat di surau ini.

“Justeru, saya telah menyerahkan sumbangan kewangan RM30,000 kepada Pengerusi MPKK Kampung Dato Mansor, untuk kerja-kerja membaikpulih surau.

“Adalah hasrat saya agar jemaah dapat menunaikan solat dengan secepat mungkin (seperti sebelumnya) setelah kerja membaikpulih ini siap,” kata Mary.

Mary berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyumbang RM20,000; manakala beliau menyumbang RM10,000 untuk kerja-kerja membaikpulih surau ini.

Show More

Related Articles

Back to top button