Berita

Masalah air longkang melimpah ke jalan akan diselesaikan segera

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah meninjau lokasi aduan air longkang melimpah ke jalan dan kerosakan tebing longkang di Kampung Baru Rahang.

Tinjauan lokasi aduan telah dibuat bersama Penolong Pengarah 1, Unit Jalan dan Saliran Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Encik Nuh Mushawwir; Ahli MBS, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew bagi mencari jalan penyelesaian.

Gunasekaren berkata, tebing longkang sebuah premis akan dibaiki segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Isu limpahan air ke jalan mungkin berpunca daripada Culvert Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipenuhi pasir dan batu yang menyebabkan aliran air tersekat.

“Isu ini akan dipanjangkan kepada pihak JKR, SWM dan SWCorp untuk kerja-kerja pembersihan.

“Limpahan air yang bertakung di kawasan hujung perumahan adalah disebabkan tiadanya sistem saliran yang sempurna dan longkang sedia ada tidak diselenggara.

“Permasalahan ini akan cuba diatasi dengan permohonan peruntukan MARRIS bagi mengatasi masalah limpahan air dan sistem saliran yang tidak sempurna,” jelas Gunasekaren.

Menurut Gunasekaren, permasalahan ini akan beliau selesaikan segera demi kebajikan penduduk setempat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button