Berita

Masalah banjir dan perparitan sumbat sejak puluhan tahun, kini selesai,” Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli berkata, masalah banjir kilat dan sistem perparitan yang tidak sempurna sejak puluhan tahun di Kampung Ladang Geddes, kini telah diselesaikan oleh beliau.

Abdul Rahman berkata, penduduk kampung sering mengadu berkenaan masalah longkang yang bersemak dan sumbat yang mengakibatkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

“Longkang ini sebenarnya longkang tanah sahaja yang tidak diselenggara sejak puluhan tahun yang juga menyebabkan bau busuk kerana sistem salirannya tersekat dengan semak samun.

“Justeru, menggunakan peruntukan Pejabat Penyelaras DUN Serting, saya telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja pembinaan longkang konkrit yang baru.

“Saya juga telah memberikan bantuan kewangan kepada MPKK untuk kos penyelenggaraan longkang selepas ini,” ujarnya.

Menurut Abdul Rahman, beliau sentiasa peka dengan permasalahan rakyat dan cuba bantu rakyat yang memerlukan dengan secepat yang mungkin.

“Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk sama-sama membantu menjaga sistem perparitan. Gotong royong perlu diadakan secara berkala bagi memastikan kawasan kampung sentiasa bersih,” katanya lagi.

Pengerusi MPKK Kampung Ladang Geddes, Encik Murugan Krishnan mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman atas usahanya menyelasaikan permasalahan yang berlarutan sejak puluhan tahun sebelum ini.

Show More

Related Articles

Back to top button