Berita

Masalah banjir di Kampung Air Kuning Selatan selesai

GEMENCHEH: Masalah banjir kilat dan sistem perparitan yang tidak sempurna di rumah Saudara Johari Ujang, seorang penduduk Kampung Air Kuning Selatan dekat sini, kini telah diselesaikan oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Longkang ini sebenarnya longkang tanah sahaja, yang juga menyebabkan sistem saliran tersekat dengan semak samun.

“Menggunakan peruntukan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, saya telah menyewa sebuah jentolak JCB untuk menjalankan kerja pembersihan longkang tersebut.

“Saya sentiasa peka dengan permasalahan rakyat dan cuba bantu rakyat yang memerlukan dengan secepat yang mungkin,” ujarnya.

Turut hadir , Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail dan Ketua Cawangan Amanah Air Kuning Selatan, Encik Rosli.

Show More

Related Articles

Back to top button