Berita

Masalah banjir di Kampung Petaseh Hulu dapat perhatian Yus

Yus dan Pegawai Daerah Jelebu akan turun padang Khamis ini

PERTANG: Permasalahan banjir kilat di Kampung Petaseh Hulu mendapat perhatian Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof.

“Beberapa cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang akan diusulkan kepada pihak berwajib untuk dilaksanakan segera memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini

“Khamis ini saya dan Pegawai Daerah Jelebu akan mengadakan satu lawatan ke lokasi ini untuk melihat permasalahan saliran dan mencari kaedah penyelesaian agar banjir tidak berulang di sini,” kata Yus Mazmi.

Yus Mazmi berkata demikian selepas melawat beberapa keluarga yang terjejas kerana rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat pada malam Ahad lepas.

“Satu kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku di jalan bukit. Hujan lebat sejak petang menyebabkan air Sungai Jelatang melimpah ke jalanraya dan masuk ke rumah penduduk berhampiran.

“Saya mendoakan semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Turut hadir Setiausaha MPKK Kampung Petaseh, Mohd Haqqim Nazaruddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button