Berita

Kuasa agama terletak di bawah enakmen negeri masing-masing: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, memberi tauliah kepada penceramah terletak di bawah enakmen negeri masing-masing.

“Sebagai contoh, di Negeri Sembilan bidang kuasa agama terletak di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan kita harus hormati.

“Hal ini kerana setiap negeri ada undang-undang supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Oleh itu kita harus ikut peraturan tersebut.

“Tetapi, kita mempunyai tauliah sementara, mereka yang ingin memberi ceramah boleh memohon tauliah tersebut dan jika didapati tidak berlanggar dengan peraturan yang ditetapkan tidak mempunyai masalah.

“Kita juga tempoh hari memberikan peluang kepada Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Wadi Anuar untuk membuat ceramah.

“Ini membuktikan kita tidak menghalang selagi ia tidak melanggar peraturan,” ujar beliau.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Majlis Konvokesyen Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan kali ke-9.

Show More

Related Articles

Back to top button