Berita

Masalah gangguan lalat di SJR Kampung Lakai akan ditangani segera,” Bakri

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, masalah gangguan lalat di Kampung Lakai yang mengganggu petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) di kampung berkenaan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD), akan diatasi dengan segera.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan berkata, beliau bersama Pegawai Daerah Jelebu dan Jabatan Veterinar membuat tinjauan ke beberapa ladang ternakan ayam berhampiran, sebelum mengarahkan kerja berkaitan dilaksanakan dengan segera.

“Beberapa langkah telah diambil termasuk melakukan semburan nyah kuman di reban ayam selain mengarahkan penternak membersihkan najis ayam dengan segera.

“Lalat turut mengganggu Pusat Operasi PKPD Kampung Lakai di Stesen Mardi berhampiran dan proses pengawalan dilaksanakan Majlis Daerah Jelebu (MDJ)serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jelebu.

“MDJ juga akan melaksanakan semburan nyah kuman di SJR Kampung Lakai bagi membolehkan petugas menjalankan tugas dengan selesa,” ujar beliau.

Bakri berkata, penternak juga akan meneruskan kerja membersihkan najis ayam pada hari ini yang dipercayai menyebabkan berlaku gangguan lalat.

“Berdasarkan laporan diterima, sebaik kerja pembersihan mula dilaksanakan oleh penternak semalam, gangguan lalat semakin berkurangan,” katanya hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button