Berita

Masalah hakisan tanah di Felcra Rompin B telah diatasi – Musliadi

JERAM PADANG: Masalah hakisan tanah berhampiran sebuah rumah penduduk di Felcra Rompin B kini telah selesai, kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Sebelum ini saya mendapat aduan dari Encik Abdul Kadir Abdul Manan berhubung hakisan tanah berhampiran rumahnya.

“Justeru, saya telah mengambil tindakan sewajarnya dengan melantik kontraktor untuk membina batu sangkar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kelak.

“Tindakan segera ini penting memandangkan ini isu keselamatan penduduk,” jelas Musliadi selepas melawat kerja-kerja pembinaan batu sangkar di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button