Berita

Masalah laluan keluar Pasar Rompin selesai,” Musliadi

JERAM PADANG: Permasalahan laluan keluar di Pasar Rompin yang menyukarkan pelanggan dan peniaga selama ini telah selesai,” kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Sebelum ini laluan keluar di Pasar Rompin adalah di belakang pasar. Pelanggan dan peniaga merungut kerana laluannya jauh dari jalan utama hendak masuk ke pasar.

“Justeru, saya membawa isu ini ke Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Setelah berbincang, Unit Penguatkuasa MPJL bersetuju membuka sebuah pintu pagar yang berkunci sebelum ini untuk dijadikan sebagai laluan keluar dari pasar ini.

“Kini pelanggan dan peniaga boleh masuk dan keluar di Pasar Rompin dengan lebih selesa dan mudah,” jelas Musliadi.

Musliadi merakamkan penghargaan kepada penguatkuasa MPJL yang memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Sementara itu, Musliadi juga menyeru kepada peniaga dan pengunjung supaya mematuhi SOP yang ditetapkan supaya tiada tindakan arahan tutup operasi perniagaan akibat pelanggaran SOP.

“Sewajarnya dalam keadaan pandemik Covid-19, kita semua bersama-sama bertanggungjawab menjaga situasi persekitaran,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button