Berita

Cha menyeru orang ramai bantah pembinaan insinerator di Sendayan

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin menyeru orang ramai yang tinggal dalam lingkungan radius 20 kilometer dari Bandar Seri Sendayan, menyatakan bantahan terhadap cadangan pembinaan sebuah insinerator di kawasan tersebut.

Cha berkata, walaupun Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah menyatakan pendirian tidak setuju dengan projek insinerator ini, namun maklum balas dan respon dari orang awam sangat penting.

“Maklum balas orang awam sangat penting agar rakyat juga bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menyatakan bantahan terhadap cadangan projek syarikat swasta ini.

“Justeru, saya telah melancarkan kempen tandatangan bantahan secara online dan borang.

“Walaupun laporan Environment Impact Assessment (EIA) memfokuskan radius lima kilometer, saya memfokuskan radius 20 kilometer.

“Oleh itu, saya menyeru penduduk yang tinggal dalam lingkungan radius 20 kilometer, supaya tampil ke hadapan dan nyatakan bantahan terhadap cadangan pembinaan insinerator ini,” jelas Cha kepada Negeri Kita.

Cha berkata kawasan perumahan yang berada dalam lingkungan radius 20 kilometer termasuk Sendayan, Gadong, LBJ, Enstek, Labu, Seremban 2, Seremban 2 Heights, Mambau dan Rasah.

“Terdapat lebih kurang 200,000 penduduk yang tinggal dalam kawasan radius 20 kilometer ini.

“Selain itu 30 peratus kilang yang beroperasi di kawasan Sendayan ialah syarikat berasaskan makanan.

“Maka cadangan pembinaan insinerator di Bandar Baru Sendayan ini memang tidak sesuai,” ujar beliau lagi.

Turut hadir dalam sidang media ialah ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon dan ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng.

Tandatangan bantahan secara online boleh dilakukan dengan klik link/pautan di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfa_M0eUcw1qegY5OzerBNaP_ApFByxYe5gL53C3Gnw74aClg/viewform

Show More

Related Articles

Back to top button