Berita

Masalah longkang tersumbat di Taman Seremban Garden selesai

SEREMBAN JAYA: Aduan longkang tersumbat dengan sampah sarap dan rumput di sisi longkang yang tidak dipotong, mendapat perhatian segera ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, sejurus mendapat aduan daripada penduduk, beliau telah turun padang ke lokasi bersama pegawai SWM, Encik Naza dan Encik Firdaus.

“Kami telah melawat lokasi aduan di Jalan Seroja 16 dan Jalan Seroja 17.

“Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dengan kadar segera.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SWM di atas kerjasama dan tindakan susulan yang dilaksanakan dengan pantas,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button