Berita

Masalah perparitan berlarutan sejak 30 tahun selesai

SERTING: Penduduk Kampung Ladang Geddes Bahagian Tengah, kini mampu menarik nafas lega apabila masalah sistem perparitan yang tersumbat dan tidak memuaskan sejak 30 tahun lalu, telah diselesaikan oleh Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini MPKK sering menerima rungutan daripada penduduk berkenaan masalah longkang tersumbat dan tidak teratur sehingga mengakibatkan banjir kerana longkang tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak.

“Sampah yang memenuhi longkang ekoran pembuangan sampah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab turut menimbulkan bau busuk di kawasan ini.

“Justeru, menggunakan peruntukan Pejabat Penyelaras DUN, saya telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan sistem perparitan yang baharu,” jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman menasihatkan agar masyarakat setempat perlu peka dan memainkan peranan menjaga kebersihan longkang bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“Saya berharap penduduk kampung memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menjaga kebersihan longkang dan kawasan sekitarnya,” ujar Abdul Rahman.

Pengerusi MPKK Kampung Ladang Geddes, Encik Murugan mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas keprihatinan beliau menyelesaikan permasalahan yang berlarutan sejak 30 tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button