Berita

Masalah struktur rumah retak dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Puan Jamilah Said Ali telah meninjau lokasi aduan keretakan tebing dan dinding sebuah rumah di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Penghuni rumah memaklumkan ada gegaran berlaku setiap kali kenderaan melalui jalan raya Seremban – Tampin yang hanya terletak beberapa meter dari kediaman penduduk.

“Saya difahamkan tingkap dan pintu akan bergegar.

“Saya mensyaki ada pergerakan bawah tanah, memandangkan struktur tebing atau tembok yang dibina semakin mendap dan berlaku keretakan.

“Isu ini akan dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan MBS untuk siasatan dan tindakan susulan bagi mengelak sebarang kemungkinan insiden yang melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button