Berita

Masalah tanah runtuh di Kampung Tengah Hulu akan diambil tindakan segera

SERI MENANTI: Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah penduduk di Kampung Tengah Hulu akan diambil tindakan segera.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, beliau menerima aduan dari penduduk kampung mengenai permasalahan tanah (tebing) runtuh di kawasan rumah penduduk Kampung Tengah Hulu.

“Saya juga mendapati sebahagian dari sistem perparitan juga tidak sempurna yang menyebabkan hakisan tanah turut berlaku.

“Saya akan panjangkan permasalahan ini kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button