Berita

Masjid Felda Palong 6 dapat pagar baru

PALONG: Masalah pagar Masjid Felda Palong 6 yang sekian lama rosak, akhirnya mendapat perhatian Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

“Kerosakan pagar Masjid Felda Palong 6 ini agak lama dan adakalanya haiwan liar seperti babi hutan turut masuk ke perkarangan masjid pada waktu malam.

“Justeru, saya telah mengambil inisiatif untuk menggantikan pagar yang rosak dengan pagar baru, menggunakan peruntukkan Pejabat Penyelaras DUN Palong.

“Alhamdullillah, kerja-kerja memasang pagar baru Masjid Felda Palong 6, hampir siap sepenuhnya.

“Saya sangat berpuas hati terhadap perlaksanaan kerja yang dijalankan mengikuti jadual dan spesifikasi yang ditetapkan,” kata Rebin.

Rebin turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas keprihatinan terhadap keperluan pembangunan masjid di DUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button