Berita

Masjid Kampung Baru Si Rusa kini memiliki kemudahan tandas OKU

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman mengambil inisiatif menyediakan kemudahan tandas khas untuk kegunaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid Kampung Baru Si Rusa.

“Ini adalah salah satu projek pembangunan kesejahteraan rakyat DUN Bagan Pinang.

“Tandas ini dibina untuk OKU terutamanya OKU fizikal disebabkan mereka mempunyai limitasi pergerakan dan memerlukan ruang besar di dalam tandas.

“Keprihatinan terhadap OKU adalah penting di kalangan masyarakat dan kemudahan tandas OKU harus disediakan di semua masjid, kuil dan gereja bagi kemudahan masyarakat,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button