Berita

MB: Isu banjir akan diselesaikan secepat mungkin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata,¬†Kerajaan Negeri mengambil maklum kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini.

“Punca banjir telah dikenalpasti oleh jabatan berkaitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Aminuddin juga berkata, Kerajaan Negeri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan baru-baru ini berpunca daripada pelepasan air daripada empangan.

“Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian banjir baru-baru ini berpunca daripada kejadian hujan yang terlalu lebat.

“Kerajaan Negeri berharap agar penyebaran maklumat yang tidak tepat ini dapat dihentikan agar masyarakat tidak terkeliru dengan dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya.

Kejadian pokok tumbang

Sementara itu mengulas isu kejadian pokok tumbang, Aminuddin memohon agar pemilik tanah di tepi jalan untuk lebih bertanggungjawab sekiranya mempunyai pokok besar di atas tanah mereka.

“Ini ialah kerana Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh tanah milik individu dan melakukan pemangkasan atau penebangan pokok.

“Sebarang pokok yang berada di atas tanah milik individu adalah tanggungjawab pemilik.

“Walaubagaimanapun, demi kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri akan memohon kebenaran daripada pemilik tanah yang mempunyai pokok-pokok yang berisiko; untuk melakukan pemangkasan atau penebangan,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button