Berita

MB kecewa pelitup muka dibuang merata-rata

Mendedahkan orang ramai kepada risiko wabak Covid-19 atau penyakit lain

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melahirkan rasa kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang membuang pelitup muka (face mask) merata-rata.

“Sejak pandemik Covid-19, setiap hari hampir sejuta penduduk Negeri Sembilan menggunakan pelitup muka.

“Malangnya ada pula segelintir masyarakat yang membuang pelitup muka yang telah dipakai di longkang, di atas jalan dan di tepi jalan.

“Dalam menjaga keselamatan diri sendiri, janganlah membahayakan keselamatan dan kesihatan orang lain.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri ini menyebabkan orang ramai dan pekerja syarikat pembersihan sampah terdedah kepada risiko wabak Covid-19 atau penyakit lain,” kata Aminuddin.

Aminuddin menasihatkan orang ramai membuang pelitup muka di rumah sendiri dengan membungkusnya dalam plastik terlebih dahulu, sebelum dibuang ke tong sampah.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button